♦ sixteen's story. SPM 2013.
Wednesday, January 4, 2012 | 7:51 PM | 0 comments
Assalamualaikum,
alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. setakat ni, aku telah berjaya menghadapi tingkatan empat dengan tenang. *aceii ayat. ermm buat masa ni saja la kot. oritee, bercakap tentang sekolah, tingkatan empat. aku tak sempat update kelmarin. so, aku update harini.
kelmarin. aku pukul 6.55am ada dah dekat sekolah. mama hantar kat depan. tau dah. kalau masuk hantar sampai dalam, tak balik la mama. okay, pertama sekali permandangan yang aku tengok masa melangkah masuk ke sekolah. sangat banyak manusia yang sedang menunggu di kaki lima dekat depan dewan. aku tak hiraukan pun. aku straight pi kantin. dah janji dengan taufik nak jumpa kat kantin. yeyeahh.
sembang dengan taufik sat. lepastu ada pengemuman. tingkatan 3 kena berkumpul dekat pavillion. tingkatan 4 kena berkumpul dekat dewan. okay aku dengar yang tu ja. tingkatan 5 dengan tingkatan 6 aku taktau. lantak pi kat depa. tunggu kat depan dewan 15minit faisol dengan nazrin mai aceii, pakat pakai beg baru. lepas tu cikgu panggil masuk. yeahh. boleh ja terus masuk dalam dewan. tak payah tunggu pun.
masuk dewan duduk. cikgu bagi penerangan sikit. lepastu susun kelas. dimulakan dengan 4A1 sampailah 4K2 alhamdulillah, kmi empat tak terpisah punn. taufik dengan faisol kelas 4A5 kelas sains, aku dengan nazrin 4A7 kelas akaun. aku tak tahu apa sebab utama kelas tu dinamakan kelas akaun. sebab beza dengan kelas sains satu ja. sains ada biologi. akaun tak dak. ermm mungkin dinamakan kelas akaun sebab ada subjek prinsip perakaunan? mungkinnn..
yes, forget about that. masuk masuk kelas. macam aku yang aku kata. aku akan pilih tempat yang paling depan. dan meja semestinya yang cunn. okay. cun ah jugak. plus. aku dok bawah kipas. nazrin takk. ahaaa. lepastu cikgu kelas masuk. bagi jadual kelas. ya Allah. masa tu. i was like.. 'what?! im already sixteen?!' ignore it. cikgu bagi ceramah sikit. pasal tingkatan empat. pekenal diri. hehe. best la jugak cikgu tu.
cikgu keluar kelas lepastu cikgu bahasa malaysia masuk. yeyeah cikgu band. okay lah cikgu tu. best best. rehat, jumpa taufik dengan faisol. budak pandai dok kelas atasssssssssssssssssssssssssssss! blog f tingkat 4 ahaaaaaaaaaaaaa. kmi punya kelas tingkat dua jaaa. lepastu. waktu moral. ada cikgu masuk. tapi moral untuk pelajar bukan islam ja. ahaa. aku cerita macam ampa taktau. hehe peace!
aku, nazrin, syaza dengan fathilia pusing satu sekolah nak cari cikgu yang urus tingkatan empat. syaza nak mintak sain. fati nak jumpa sebab dia nak tukar kelas. aku pun actually cari sebab nak tukar kelas. tapi malam tu balik rumah mama kata tak payah tukar. so, tak payah. lepas tu masuk kelas untuk akaun. yes. cikgu bagi nota sajaa. lepas dua masa. math. cikgu tu pun nampak okay. tak garang sangat. dia kata kalau ada apa apa masalah boleh jumpa dia 'try buat try buat, kalau kamu sekarang pun tak boleh buat macam mana nak jawab spm nanti? tryy, kalau tak tau kita boleh bincang atau mai tanya saya' kata cikgu yang berbangsa cina tu. aku tak pernah tau pun dia cikgu math. ohh yaaa. plus add math.
alhamdulillah. aku berjaya mengahadapinya. untuk dua hari ni laa. ehh yang ni cerita kelmarin tau. hehe. cerita hari nanti ah aku update. kalau aku rajin kalau tak janji palsu je lah. ahaa. peace!
okay, selamat malam dan jangan lupa solat maghrib! :D




