+Follow | Home ?
the1996's
apa yang anda perlukan
Thursday, November 8, 2012 | 9:15 PM | 0 comments

selamat petang diucapkan kepada semua yang ingin membaca walaupun aku sendiri tahu tidak berapa orang yang akan baca.

seperti apa yang tertera di atas. apa yang ada perlukan di dunia ini selain daripada keluarga.

dapat? ya, kawan aka sahabat atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya walaupun dalam bahasa di pelusuk afrika sebelah barat. maksudnya tetap sama. sahabat.

seperti yang semua telah tahu, sahabat merupakan orang yang paling dekat dengan kita selain daripada keluarga kita. kalau keluarga sendiri pun. mybe rapat dengan adik-beradik saja kan? kalau dengan sepupu-sepapat jauh sekali lah disebabkan perbezaan umur dan maklum lah dunia dah maju sekarang semuanya merantau dalam membina keluarga, dan pekerjaan.alhamdulillah. diharapkan semuanya berada dalam keadaan sihat kehendaknya.


eh luqman, apa motif hang yang sebenarnya ni? lain macam aku tengok.

sahabat. sahabat ini ada orang yang kita rapat apabila sebaik sahaja keluar daripada rumah. bukan lari rumah la weh. keluar yaaa maksud aku macam pergi lepak lepak sebab stress ke kononnya, pergi makan kat luar macam anak tan sri kononya, pergi perpustakaan kononya boleh fokus belajar dan masuk semua dalam kepala otak walhal tak pun. tambahan lagi, bila perpustakaan ada wi-fi, telefon bimbit pulak sekarang dah tak ramai layan yang tiada warna and perpustakaan berada bersebelahan dengan satu tempat untuk orang lepak haha im serious here.

sahabat ini seperti yang semua ketahui terdapat pelbagai-bagai jenis. baik, jahat, comel, gemuk, kurus, tinggi, rendah, putih, hitam dan seangkataan dengannya. semuanya terpulanglah kepada kita untuk memilihnya. kalau baik kawan, baik lah dia. kalau jahat kawan, jahat lah dia. tapi tidak ada jaminan untuk menjadi putih, comel, tinggi kalau kawan dengan orang macam tu ye. hahaha. tak apa, semuanya masih makhluk Allah. ke tanah datang nya. ke tanah perginya.batu dua, jalan tanah merah. hee.


antara jenis jenis biasa sahabat yang sedia ada.

salah satu jenis yang paling popular sekarang ialang berkata sesama sendiri. mungkin berkata sesama sendiri dalam kumpulan. diceritakan keburukan sahabat lain kepada sahabat lain walaupun mereka berada dalam satu kumpulan. haha anda tahu tak bahawa inilah sebenarnya sahabat.

A kutuk C ketika bersama B.
A: weh kau tahu tak aku tak suka lah si C tu. perangai serupa laknat! dia fikir dia kaya dia boleh sukahati menunjuk la dia ada gajet yang terbaru huh

B: haaaa wehh tu laaaa. aku pun tak suka dia hesh berlagak la orang macam tu. dia tak dengar ke ustazah cakap orang yang riak itu berdosa. aieeeeee

B kutuk A ketika bersama C
B: ehhhhhhhhhhhh aku tak suka lah dengan A tu. tahulah dia selalu dapat tempat pertama dalam kelas pun. tak payah la menyombong. dah la suka mengata orang (tak sedar diri sendiri pun dok mengata orang)

C: kann! aku pun tak suka sangat dia tu! nasib baik dia sama kelas dengan aku je aku baik. kalau tak memang tak ah kann.

A C kutuk D
A: tolong laaa. kau tengok si D tu! mentang mentang la budak hot facebook, budak hot twitter! sampai semalam aku chat dengan dia pun tak balas! mention? huh! kucing jantan beranak pun belum tentu dia balas paaaa!

C: haaaa betoi weh. entah entah yang jadi budak hot facebook tu sebab buat auto like paaa. lepastu post gambar sendiri bukan main segak padahal huduh sama dengan aku je muke (yang ni sedar diri). yang twitter pulak entah mana la dia dapat tweet banyak banyak tu. entah entah copy tweet orang lain. ehh haritu aku dapat tahu dia boleh follow orang andthen bila orang follow balik dia dia unfollow. haram jadah toii! haktuih (kononya meludah kalah samseng)

A B C D
A: korangg! jom makan kat restoran bajet gile malam nanti! aku belanje korang semua memandangkan korang baik sangat dengan aku! uhuk uhuk huk (sore eyes)

B,C,D: *peace* *duck face* okay iolls! i ikut jeeeeeeeee


hahahahaha seee! korang nampak tak jebonya kat situ? well, seperti yang aku kata, kalau betul betul sahabat, air yang dicincang tidak akan putus, bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku, di mana ada lembu di situ ada taik (okay ini over. reka sendiri. jangan bash. kbye)


bagaimanapun, keadaanya tetap sama. kita sebagai seorang manusia yang diberi akal dah fikiran hendaklah bijak dan arif dalam memilih sahabat. kerana orang yang kita akan rapat selepas keluar dari rumah seperti mana yang aku katakan tadi dalam ayat yang entah ke berapa. sahabat juga menjamin masa depan kita kelak. kalau perokok sahabat itu, tidak mungkin satu hari nanti kita juga akan menjadi perokok. jika penagih dadah sahabat itu, tidak menjadi satu kemungkinan jika penagih dadah juga kita satu hari nanti. jika pencuri sahabat itu, maka tak menjadi kemungkinan juga kita akan menjadi pencuri. subahanallah. minta simpang malaikat 44. diharapkan tidak diantara kita menjadi sedemikian rumah. insyaAllah.

ingin aku tegaskan sekali lagi di sini. kita mestilah berhati hati dalam memilih sahabat. jangan sesekali leka dalam arus kemodenan kita yang semakin memuncak dan entah ke mana pengakhiranyaa. sahabat yang baik mungkin boleh menjamin masa depan kita kelak. bukan hanya di dunia. tetapi juga di akhirat. tapi yang aku pasti, kalau kita ada kawan kawan yang berperangai seperti yang dikatakan dia atas, kita pun akan menjadi sedemikian. sewajar dan sebolehnya, jauhilah dia. ingat, hidup kita di dunia ini terlalu singkat. dan sayang lah diri sendiri, ingat orang yang tersayang, ingatkan keluarga yang akan kita bina kelak.

 tiada gunanya ibupada habiskan duit hantar pergi sekolah, hantar pergi tuisyen tapi akhirnya penagih dadah jadinya. menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian? ya Rabbiiiii! tak guna dah. hidup kita tidak akan jadi normal! haihh penat perut ibu mengendong 9 bulan 10 hari. mana dengan melayan kerenah lagi haih haihh rugi rugi. pesanan ini juga bukan untuk semua orang di luar. malah aku sendiri juga. mintak simpang malaikan 44.


'Ya Allah jadikan lah kami orang yang beriman dan beramal soleh. jadikan lah kami orang yang boleh membantu ibubapa kami kelak. engkau berikanlah kejayaan kepada kami. jadikan lah kami manusia yang berguna di muka bumi ini. jauhilah kami daripada segala benda benda yang tidak di ingini dan boleh merosakkan tubuh badan dan akal fikiran kami. sesungguhnya engkau maha pemurah lagi maha penyayang. Amin Ya Rabbal A'lamin'


antara sahabat yang baik yang pernah aku ada, nazrin, taufik, faisol. alhamdulillah

Kata Luqman Al-Hakim kepada anaknya,

"Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatkan dia marah, jika dia tidak sabar dengan sikapmu, jauhilah dia"



◄ Older